Pusat Bantuan
myPATIL Biz
Lesen Perniagaan Digital
Perkhidmatan digital untuk peniaga.
Lesen Perniagaan Digital
Jambatan Digital PBT & Peniaga
Anda perlu panduan visual?
Tonton senarai penuh tutorial penggunaan myPATIL Biz.
Anda perlu jawapan pantas?
Jawapan pantas untuk persoalan umum pengguna.
Apa kegunaan utama aplikasi myPATIL Biz?
Ia adalah platform rasmi PBT untuk peniaga menerima hebahan, memperbaharui lesen premis, dan membayar kompaun secara digital tanpa perlu ke kaunter.
Bagaimana cara mendaftar akaun baharu?
Muat turun aplikasi, pilih 'Daftar Sekarang', dan imbas atau muat turun kad jaminan peranti GATES Tag.
Kenapa keluar ralat "Rekod Lesen Tidak Dijumpai"?
Ini mungkin berlaku jika data lesen lama anda belum dikemaskini dalam pangkalan data digital. Tarik paparan ke bawah untuk refresh. Jika tidak berjaya, sila hubungi talian hotline kami.
Apakah fungsi peranti IoT GATES Tag?
GATES Tag adalah peranti pemancar isyarat (Beacon) yang dipasang di premis anda. Ia membolehkan penguatkuasa mengesahkan status lesen dari jarak jauh tanpa perlu masuk ke premis.
Apa perlu buat jika GATES Tag rosak atau hilang?
Sila buat laporan segera kepada PBT anda. Pasukan teknikal akan datang untuk penggantian peranti secara percuma (tertakluk terma).
Apakah kaedah pembayaran yang disokong?
Kami menerima pembayaran melalui FPX (Perbankan Internet), Kad Kredit/Debit (Visa & Mastercard), dan e-Wallet utama (TnG, Boost, GrabPay).
Perlukah saya mencetak lesen dan tampal di dinding?
Tidak wajib. Paparan Lesen Digital dalam aplikasi myPATIL Biz adalah sah dan diiktiraf sebagai bukti pemilikan lesen premis.
Bolehkah pekerja saya akses lesen digital ini?
Ya. Anda boleh melantik pekerja sebagai 'Pengurus Lesen Premis' semasa pendaftaran. Pekerja tersebut akan diberikan akses untuk menguruskan lesen serta menunjukkan paparan lesen digital kepada pihak penguatkuasa.
Adakah saya akan dapat diskaun jika bayar kompaun dalam app?
Diskaun kompaun tertakluk kepada kempen semasa PBT masing-masing. Sebarang pengurangan akan dipaparkan secara automatik pada jumlah bayaran sebelum anda membuat transaksi.
Bagaimana menghubungi talian sokongan teknikal?
Anda boleh menggunakan fungsi 'Live Chat' dalam laman ini, atau hubungi talian hotline kami di 016-968 1574 (Waktu Pejabat: 8pg - 5ptg).